Monday, July 8, 2019

JUM KENAL UMMIKIT


MY SMALL FAMILY


Raya 2019

Assalamualaikum w.b.t

Haii...Nama diberi Nur Farhana bt Jamil. Nama panggilan Ana. Tapi lebih mesra dengan panggilan Ummikit. Kenapa Ummikit? Macam jauh beza dengan nama sebenar jer. Hehe. Actually panggilan ni dapat dari family En.suami. Suami Ummikit ore kelate jadi family belah sana semua mak-mak sedara depa panggil "Ummi" dekat depan. So dipendekkan cerita nama Ummikit ni diambil sempena nama En.suami Bakheet atau kit. Makanya jadilah Ummikit. Haaa gitewww...Sweet tak? Sweet tak?Sweet kan? Hee☺❤

Okey dah kenal nama meh kita kenal umur pulak. Umur Ummkit sekarang baru masuk 28 tahun 1st July baru-baru ni. Alhamdulillah sekarang sudah mempunyai 2 orang anak yang comel-comel. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Masuk tahun 2019 bulan Ogos ni insyaAllah genap 4 tahun usia perkahwinan kami. Syukur Alhamdulillah. 

Time ni preggy anak first Ammar Hakim

Mesti ada yang tertanya kenapa muka Ummikit dan En suami lebih kurang sama? Haaa..itulah dinamakan jodoh. Ramai kawan-kawan dekat Uni dulu cakap kami adik beradik. Tapi sebenarnya tidak sama sekali, lain mak dan ayah. Sampaikan Lecturer pun confius siapa tanya " Awak ada abang ke study dekat sini?". Haa sudahh lecturer pun ingat kami ni adik-beradik. Tapi dalam hati Ummikit diam-diam je bisik. "Orang kata muka sama ni ada jodoh. Dia ke jodoh aku". haha berangan je la waktu tu. Kenal pun tak hokayyy. Nak borak? lagi laa jauhh panggang dari api. Setakat tengok dari jauh tu ada la. Kalau terserempak pun akan tersenyum dan berlalu pergi tanpa say Hai pun. Sombong kan memasing. Eh takdalah sombong just respect to each other kot sebab dia senior, kita ni junior kan. 

Ummikit asal orang kedah. Selepas berkahwin,  Ummikit ikut suami menetap dekat Johor. Tempat kami belajar dekat Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai,Johor. Disinilah kami berjumpa pertama kali waktu Ummikit masuk Degree dan time tu En.Suami atau lebih mesra dengan panggilan Abekit, senior Tahun 3.

Menetap dekat Johor macam-macam experience kami lalui. Ummikit tak kerja waktud tu Abekit je kerja tu pun jauh dekat Town, rumah dekat Pulai. Sewa rumah pertama waktu tu mahal gilaa beb Rm800 bulan-bulan. Perghh rumah atas kedai memang isolated la cita dia. Boring takda jiran yang friendly. So mereput jer la dalam rumah sorang-sorang tiap kali suami p kerja. Bosannn yakmatt. Layan TV ja la time tu. Kadang ada jugak kawan yang sambung Master mai rumah borak-borak kosong. Terubat sikit kebosanan Ummikit. Hehe.

Lepas seminggu duduk rumah tu suddenly Ummikit terkena Denggi. Masuk hospital seminggu lebih jugak sampai beraya Haji dalam wad. Perit sangat rasa dugaan sakit. Mujur Mak Ayah sanggup mai jauh-jauh dari Kedah semata-mata nak tengok anak bongsu depa ni. Terima Kasih Mak Ayah mai. Kalau tak, tak tau la nak cakap. Memang lost semangat sebab tak biasa kena denggi. Lembik ja hari-hari. Tapi berkat doa Mak Ayah Alhamdulillah sembuh seperti sediakala selepas warded selama 15hari kalau tak silap. Thanks to suami Ummikit jugak siang malam datang melawat jaga Ummikit dengan baik sekali. Terharu sangattt. ❤

Lepas pada tu kami decide untuk pindah rumah. Alhamdulillah dapat kawasan perumahan Flat yang murah dan jiran-jiran pun sangat  friendly. Lepas sembuh denggi, Ummikit preggy anak sulung. Gembira tak terkata sebab pregnant awal. Sepanjang duduk dekat rumah baru seronok sebab jiran-jiran baik dan ambil berat tambah-tambah diorang tau Ummikit mengandung. Jadi macam-macam lah jiran Ummikit bagi makanan free.Heaven gila rasa disayangi. Hihi. Tapi banyak jugak pantang larang yang depa bagi, tapi Ummikit tak amik port sangat bab-bab tu cuma banyakkan doa yang baik-baik saja. Alhamdulillah Ummikit selamat melahirkan putera sulung di Kedah. Diberi nama Muhammad Ammar Hakim bin Mohd Bakheet.


Berpantang rumah mak di Sungai Petani,Kedah

 Habis ja pantang terus balik ke Johor bermulalah episod ibu anak sorang. Oh ya masa pregnant Ummikit ada kerja dekat Arkitek Firm Senior Ummikit sekejap. Tak lama dalam 3bulan ja masa tu pastu sebab nak balik berpantang di Kedah dan nak jaga anak sendiri bila dah bersalin so Ummikit decide untuk berhenti terus. Dari situlah bermulanya Ummikit sebagai seorang Suri Rumah sepenuh masa. Sebenarnya Ummikit lebih prefer untuk jaga anak sendiri dari hantar pengasuh so Ummikit pilih untuk jadi full-time housewife. Lagi syok kita jaga anak sendiri, ikut cara kita sendiri. Itu impian Ummikit dan suami. Jadi Ummikit tinggalkan kerjaya sebagai Arkitek semata-mata untuk Keluarga. Alhamdulillah sampai sekarang Umikit masih seorang Surirumah dan juga SuriBisnes. Sambil-sambil jaga anak sambil-sambil buat mesin ATM dekat rumah. So far memang Ummikit tak terikat dengan mana-mana jadual yang halang Ummikit nak buat apa yang Ummikit suka sebagai ibu kepada dua cahaya mata. Senang cita free schedule tak perlu punch card keluar awal pagi balik lewat petang. Sekarang cari income sendiri dengan buat kerja dekat rumah dengan berbisnes Online ja. Honestly Ummikit so much in-love dalam dunia perniagaan dan berminat nak belajar lebih lagi pasal ilmu bisnes. 


Ummikit start berjinak-jinak dalam dunia bisnes lepas bersalin anak sulung. Tapi waktu tu masih baru lagi jadi banyak benda Ummikit tak pandai dalam selok belok dunia bisnes. Ummikit bermula dengan join Dropship barangan baby dan kosmetik. Dari situ sikit-sikit Ummikit belajar cara nak deal dengan customer buat posting dekat sosial media iaitu instagram sahaja. Sebab waktu tu Ummikit masih dalam zon 'malu' nak berniaga dekat Facebook. Malu orang tengok kita post iklan berniaga. Tak ada self-confident lagi waktu tu. Kalau boleh tak nak pun orang kenal Ummikit yang jual. Tapi sebenarnya salah kaedah macam tu sebab penting sangat untuk ada Personal Branding untuk menjadi Bisnes Owner. Yalah kalau orang tak kenal kita macam mana nak dapatkan 'Trust' tu kan? So nak tak nak Ummikit cuba jugak untuk tembus tembok malu dalam diri. Alhamdulillah bila Ummikit start buat posting dekat Facebook personal hari-hari lama-lama orang kenal dan tau apa yang Ummikit jual dan rasa nak beli. Lagi seronok nak berbisnes bila kawan-kawan dan family pun support. Especially suami dan parents Ummikit. 

Tahun 2016 bulan 4 kami berpindah ke Kedah sebab En. suami dapat tawaran bekerja dekat Jamil Arkitek dekat Sg. Petani, Kedah. Ya Allah gembira tak terkata waktu tu sebab dapat balik tempat kelahiran sendiri dan tak perlu merantau jauh lagi ke Selatan. Memang impian Ummikit dan suami nak pindah sama ada ke Kedah atau Kelantan. Tapi disebabkan kekurangan peluang pekerjaan di Kelantan jadi kami pilih untuk stay di Kedah. Semenjak dari hari tu bermula lah episod yang baru bagi family Ummikit menetap di Sg.Petani. Rezeki bertambah lagi apabila Ummikit dapat tau pregnant untuk anak kedua. Walaupun jarak dengan anak sulung dekat tapi Ummikit anggap anak itu sebagai rezeki buat kami sekeluarga. Selepas stop berbisnes online sepanjang pregnant, then Ummikit start balik berbisnes dengan lebih serious lepas bersalin anak kedua iaitu seorang puteri yang diberi nama Dian Hafizah bt Mohd Bakheet.  


Adik Dian bam bam 

Syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya kami dimurahkan rezeki untuk memiliki rumah sendiri. Alhamdulillah Allah mudahkan urusan pembelian sampailah masuk ke rumah baru kami di Sg.Lalang. Cukup dulu setakat ini insyaAllah Ummikit sambung menulis lagi dan lagi. Bye, Salam perkenalan.☺

"Kejayaan tidak akan datang bergolek kepada kita, tetapi kita yang perlu 
bergolek-golek kearah kejayaan"

-Thanks a lot-


No comments:

Post a Comment

TIPS BERSALIN ANAK SULUNG DENGAN MUDAH & TENANG

Ummikit percaya semua ibu di luar sana mempunyai keinginan untuk melalui proses bersalin yang indah dan merasakan kenikmatan ketika bersa...