Tuesday, August 6, 2019

TIPS BERSALIN ANAK SULUNG DENGAN MUDAH & TENANG


Ummikit percaya semua ibu di luar sana mempunyai keinginan untuk melalui proses bersalin yang indah dan merasakan kenikmatan ketika bersalin. Especially bersalin untuk bayi pertama. Perasaan teruja, gementar, risau, takut semakin membuak-buak apabila due date untuk bersalin dah makin hampir. 

Setiap orang mempunyai pengalaman yang berbeza ketika proses bersalin. Ada yang mudah bersalin tetapi ada juga yang mengalami komplikasi dan sebagainya. Apa-apa pun itu semua kuasa Allah dan kita sebagai hamba-Nya hendaklah sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan dari yang Maha Esa.

Oleh itu, untuk memastikan ibu-ibu dapat bersalin dengan mudah, ibu-ibu perlulah membuat beberapa persediaan terlebih dahulu supaya masa proses melahirkan bayi pertama akan menjadi lebih mudah & tenang. 

Jadi dekat sini Ummikit nak kongsi sedikit perkongsian daripada pengalaman Ummikit sendiri sewaktu nak melahirkan anak sulung Ummikit. Alhamdulillah proses bersalin berjalan dengan lancar dan Ummikit sempat merasa nikmat sakit bersalin selama 10 jam. 

7 TIPS BERSALIN ANAK SULUNG DENGAN MUDAH & TENANG


1. Dapatkan info yang betul tentang proses kelahiran

  • Banyakkan membaca di internet/buku kehamilan

Yang ni paling penting sekali untuk para ibu ambil tahu macam mana proses bersalin itu berlaku. Selain dari banyak bertanya dari orang yang berpengalaman terutama ibu kita sendiri. Ummikit juga banyak bertanya dari ahli keluarga dan sahabat Umikit sendiri. Lepas itu kita sendiri jangan terlalu terikut-ikut dengan setiap cerita yang kita dengar. Tanamkan dalam minda setiap orang mempunyai pengalaman yang berbeza tapi apa yang kita perlu ambil ialah cara atau tips yang dikongsi.

Selain itu, banyak membaca info-info tentang kehamilan. Dapatkan info-info tentang ibu hamil dalam internet dan buku-buku kehamilan. Pastikan dari sumber yang boleh dipercayai. Seelok-eloknya beli buku kehamilan di kedai buku. 


2. Banyakkan membaca Al-Quran dan amalkan doa-doa ibu hamil

 Kalau boleh amalkan doa-doa sepanjang kehamilan dan banyakkan membaca Al-Quran serta sentiasa berdoa supaya dipermudahkan urusan bersalin.



Surah Al-Fatihah : Untuk terang hati dan kuat ingatan.
Surah Maryam: Untuk memudahkan ibu bersalim dan memperoleh anak yang sabar dan taat.
Surah Luqman: Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.
Surah Yusuf : Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.
Surah Al-Hujurat : Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati
Surah Yassin : Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
Surah At-Taubah : Untuk membersihkan jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
Surah Al-Nahl : Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.



  • Amalkan doa mudah bersalin setiap kali lepas solat.


  • Zikir Nabi Yunus A.S


Antara zikir yang disarankan untuk diamalkan ketika hendak bersalin. Zikir Nabi Yunus a.s di dalam perut ikan yu. Zikir ni Ummikit baca start dari sakit kontraksi sehingga nak meneran. Kalau boleh baca berterusan. InsyaAllah rasa sakit itu akan lebih nikmat dan kita pun akan rasa lebih tenang. 

  • Pasang Surah-surah Al-Quran dalam labour room.
Yang ni Ummikit tak sempat nak amalkan tapi Ummikit suggest ada baiknya kalau ibu-ibu cuba perdendangkan Surah-surah Al-Quran sepanjang menahan sakit contraction. InsyaAllah kita akan rasa lebih tenang semasa kawal sakit dan rasa gementar itu akan hilang. Kalau boleh bawa masuk labour room minta husband pasangkan ayat-ayat Al-Quran.  

Macam ibu Nur sorang customer Ummikit share feedback, dia pasang Ayat-ayat Al-Quran dalam Islamic Audio Device semasa menahan sakit contraction. Alhamdulillah ibu Nur  bersalin normal dan dapat kawal sakit contraction dengan baik.



3. Bekalan tenaga yang cukup

  • Banyakkan minum air masak atau susu. 
Macam Ummikit sendiri waktu sakit memang kita jadi tak lalu makan tapi jangan ikutkan sangat paksa jugak diri untuk minum sikit demi sedikit. Sebab proses nak bersalin selalunya akan mengambil masa dan memenatkan. Macam Ummikit suka minum susu kambing.
  • Air Selusuh
Air Selusuh boleh buat sendiri seelok-eloknya minta suami yang bacakan doa air selusuh. Ummikit amalkan doa yang dibaca oleh Ustaz Don Daniyal. Alhamdulillah air selusuh yang suami baca lebih berkat. Sebab kita tau apa yang suami kita baca jadi seelok-eloknya kita buat sendiri atau boleh minta dari ustaz-ustaz. Pengalaman Ummikit sendiri air selusuh yang di baca oleh suami Ummikit sempat sapu dekat perut dan Alhamdulillah jalan dibuka dari 1cm terus buka 7cm. Urusan bersalin berjalan lancar dengan izin dari-Nya.

Ini adalah cara yang dilakukan oleh Ustaz Don Daniyal untuk menyediakan air selusuh. Sediakan air masak atau air zam-zam yang mencukupi.

Langkah 1:

Baca Surah Al-fatihah (1x)



Langkah 2:

Bacakan Surah Al-Hasyr ayat 21-24 



Langkah 3:

Bacakan Selawat Syifa'



Langkah 4:

Bacakan Doa Selusuh



Terjemahannya:
"Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya Surah Maryam, ringankanlah daripadanya (NAMA ISTERI) penderitaan bersalin, dengna rahmatmu wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya.
Langkah 5:

Bacakan Doa Pemudah


Terjemahannya:
"Ya Allah, permudahkanlah dan jangan kau sukarkan kerana Engkaulah yang Maha Memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagiMu. 
Ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmat-Mu, Ya Arhamar Rahimin.

  • Makan Kurma
Makan pun penting jugak tapi nak jamah nasi tu memang tak mungkin lah kan. Tapi makan lah kurma sekurang-kurangnya 3 biji atau lebih. Kurma akan bagi tenaga untuk kita nak meneran nanti. 





4. Bersihkan diri

Seelok-eloknya mandi dahulu sebelum masuk ke labour room. Banyakkan membuat pergerakan, seperti berjalan, mandi, merangkak. Ummikit masa sakit makin kuat nak bercakap pun tak lepas. Tapi cuba jugak bercakap dan berjalan walaupun kejap berhenti kejap berjalan. Dalam masa yang sama teruskan membaca Doa Nabi Yunus tanpa henti.

5. Sentiasa Positif

Saat nak bersalin sentiasa fikir positif dan setkan minda:

  •  Aku mesti bersalin normal.
  •  Aku boleh bersalin normal  
  •  Aku mesti kuat. 
  •  InsyaAllah semuanya selamat.
  •  Doa banyak-banyak minta Allah permudahkan.

6. Tukar Sakit kepada Nikmat

Saat sakit contraction datang, cuba imagine dapat peluk baby, cium baby dan bau baby. Imagine perkara yang indah-indah dengan baby. InsyaAllah rasa sakit tu akan hilang dan tak terasa sangat. Ummikit dua-dua anak menahan sakit contraction dalam labour room sorang-sorang, sebab suami tak boleh masuk. Tapi Ummikit sentiasa fikir positif dan membuatkan Ummikit lebih kuat lagi. Sewaktu bersalin anak sulung memang akan rasa sedih bila suami tak dapat masuk. Tapi Ummikit imagine saat gembira suami sampai dan berjumpa baby dan ibu. Rasa tak sabar nak tunjuk dekat suami ibu dah bersalin. Sentiasa fikir sakit contraction itu sebagai nikmat sakit bersalin. Ya Allah, amazingly bila kita sentiasa fikir yang indah-indah Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.


7. Posisi badan dan teknik meneran dengan betul


Posisi ketika nak meneran kena betul. Sebab tu pentingnya ibu-ibu banyakkan membaca cara-cara untuk meneran dan posisi badan yang betul. Dekat sini Ummikit kongsi posisi badan yang betul semasa meneran.

  • Baring dengan lutut berlipat dengan membuka kedua-dua kaki.
  • Angkat kepala sehingga dagu cecah dada seperti udang membengkok.
  • Mata memandang perut dan tangan memegang kedua-dua pergelangan kaki.
  • Semasa meneran jangan tutup mata, jangan keluar suara dan jangan angkat punggung.
  • Tarik nafas dalam-dalam, teran dengan sekuat hati seperti meneran sakit sembelit dan tidak keluarkan suara atau menjerit. (jika mengeluarkan suara akan membuatkan ibu cepat letih)
  • Selepas meneran sambung terus jangan berhenti terlalu lama.
  • Sokongan dari suami dan nurse-nurse juga amat penting buat kita meneran dengan baik.
  • Berdoa dalam hati semoga Allah mudahkan baby keluar dengan selamat.

Sekian sahaja perkongsian ikhlas dari Ummikit buat semua ibu-ibu di luar sana. Kepada ibu-ibu hamil yang bakal bersalin anak sulung, kedua dan seterusnya, Ummikit doakan semoga ibu-ibu dipermudahkan segala urusan bersalin. InsyaAllah setiap ibu hamil mempunyai pengalaman berharga dalam proses melahirkan zuriat. Sentiasa percaya pada diri dan kuat semangat. Yang paling penting, jangan cepat berputus asa dan sentiasa berdoa pada Ilahi. Ingat sentiasa fikir yang indah-indah insyaAllah semuanya akan baik-baik sahaja. 

Assalamualaikum..:)








Monday, July 29, 2019

MASA TAK MENUNGGU KITA, KITA YANG KENA KEJAR MASA

Anda rasa anda ada masa untuk mengaji Al-Quran?


Kadang surirumah pun tak sempat nak istiqomah mengaji hari-hari. Betul tak? Yalah kadang busy buat itu ini sampai tak menyempat nak baca Quran. Kadang niat tu dah ada tapi last-last sodaqallahulazim. Umikit ler tu🤭

Ni baru surirumah belum cita yang bekerjaya lagi. Mesti banyak alasan Umikit bagi nanti.😢

So apa Umikit buat nak bagi konsisten ngaji paling malas pun dengar mengaji tiap hari. 

Dalam sehari tu try selitkan jugak contoh Sambil masak sambil dengar ngaji dalam #QuranMommyhana




“You kena selit”. Bak kata kak Lofa. 

Time dok membawang dekat dapur tu sambil-sambil pasang #QuranMommyhana dengar Ustaz Muzammil ngaji. Pasang surah feveret so boleh la ikut baca sekali sambil goreng ayam. Tau-tau dah siap ayam kicap dengan sayur kobis untuk lunch. 




Nak masak pun tenang-tenang jer walaupun hakikatnya si adik dok berlari dengan xpakai pampers🤪


So kesimpulan dia moh ler banyak-banyak baca & dengar surah-surah Al-Quran sambil-sambil buat kerja apa-apa pun.

Nak mudah pakai la #QuranMommyhana ni banyak surah-surah pilihan dalam ni. Saiz kecik & ringan pulak tu. Senang usung sana-sini. Macam-macam button ada dalam AudioPink ni. 7 soothing sounds yang akan buat Seisi Keluarga tenang hati sepanjang hari. InsyaAllah. 

Jumm cekitdauuttt KELEBIHAN Islamic Audio Device by Mommyhana. 




Umikit,
Masa tak tunggu kita, kita yang kena kejar masa. So you kena selit dik. 


#QuranMommyhana
#IslamicAudioDevice
#DengarSambilNgaji
#SelitkanMasaYangTerisiDenganDengarQuran

Thursday, July 18, 2019

GAJET TAK SESUAI UNTUK ANAK

STRICTLY NO GAJET!


Haha bunyi macam kejam tak? Tapi itulah Ummikit kalau bab gajet dengan anak-anak. Bukan tak bagi langsung tapi lebih baik tak manjakan sangat. Nak bagi time selfie2 dengan ibu tu yes boleh. Tapi kalau nak bagi main saja2 tengok didi & friends atau Omar&Hana tu Nehe kabe nehe. Sebab apa? Ummikit tau henfon ni dia sangattt attractive. Boleh boleh buat kita ralit/leka mengadap screen dop ploh pat jam. So Ummikit tak mau la anak-anak Ummikit sendiri jadi macam tu. Tantrum kalau tak bagi. Takot tengokk geram pon hado. Letih wehh kalau anak asyik tantrum tiap hari. So sebelum Ummikit stress baik Ummikit jauhkan sesiap anak-anak main henfon. Cari laa mainan apa-apa pun yang pasti NO GAJET yang melibatkan screen ni. Bukan apa sebab Umikit nampak banyak “buruk dari baiknya”.

Tv ni special kes sikit la tapi not so good jugak kalau ralit sangat. Untuk TV Ummikit tak da Astro so tak da channel kartun. So it’s good jugak sebab anak-anak tak ketagih tengok kartun ja setiap masa. Depa akan tengok time-time ada kartun Boboboy atau kadang layan drama dengan ibu. Haha. Tapi so far tak da ketagih tengok kartun sangat. Yalah kami takda astro so nak tak nak layan ja la cita drama TV3 tu. Tak pun pepagi tengok MHI. Tapi diorang jenis tengok sambil main-main. Tak fokus melekap depan TV tak bergerak langsung. Kalau jadi macam tu awal-awal Ummikit banned jugak tengok Tv. Hehe dak-dak gurau jer. Cuma Ummikit tak biasakan anak-anak tengok TV cita kartun sampai kita tak boleh nak tengok TV. Tu pon tak elok jugak untuk mata Si Manja. Ni cara Ummikit la terpulang dekat parents luar sana macam mana nak buat untuk anak tersayang. Sebab Ummikit sendiri dari kecik da pakai Spek so kita tau la rasa tak selesanya pakai tiap-tiap hari. Kadang nak pakai shawl pun jadi tak syok pakai spek kembang pulak tudung leceh weii tak segak orang Kedah kata. So kalau boleh tak mau la anak-anak pun kena pakai spek sebab over exposed on screen ni. Orang kata selagi boleh cegah baik kita cegah sebelum terlambat. 


KESAN BURUK GAJET BUAT ANAK KECIL??


Yang first sekali ofkoslah boleh rosakkan mata anak kita. Tengok lagu atau main game dalam Tablet/smartphone lama-lama boleh buat mata anak jadi letih. Bayangkan sejam dok mengadap screen dengan cahaya dalam fon tu, kita yang dewasa ni pon boleh sakit mata tengok lama-lama kan? Paling teruk sakit kepala lepas tu mata jadi berpinar gitu. Haa bayangkan kalau anak kecik kita tengok screen lama-lama. Aduuhh risaunya lahaii takot rosak mata anak tu nanti. Tak pasal-pasal boleh jadi rabun dan sebagainya. Nauzubillah. 

Yang keduanya boleh buat anak cepat tantrum atau mengamuk. Haa yang ni buat Umikit pikir banyak kali dan strictly banned henfon bagi dekat anak-anak. Dulu awal-awal masa Ammar yang sulung kecik baby ada jugak Umikit konon macam best tengok anak orang tengok lagu didi & Friends dekat henfon. Kita pon try la bagi jugak. Nahh lepas tu dia macam menangis yang teruk gila bila kita ambik fon. Lepas tu Umikit cecepat tersedar "Ehh bahaya la boleh buat dia meragam. Ehh tak mau la bagi dah dekat anak aku". 

Umikit ada terbaca article sana sini pasal ketagih gajet bagi kanak-kanak. Macam tula Ammar nangis sekuat hati bila Ummikit rampas henfon. So sebelum jadi lebih teruk baik Umikit jauhkan sesiap. Ada jugak Abah dia kesian, bagi jugak tengok. Haih Ummikit tetap berkeras “jangan” sebab Umikit takot nanti melarat jadinya. Nasib Abah pun ikut tak nak bagi. So start dari hari tu Umikit memang tekad “No gajet untuk anak-anak aku” 

Bagi Ummikit tak tengok kartun tak tengok video dalam you tube doesn’t mean anak kita ketinggalan belakang, tak cerdik and what so ever. Kita as parents mesti nak yang terbaik untuk anak-anak. So bagi Ummikit tau kartun-kartun sikit tu tak da masalah tapi tak nak la taksub sangatt. Sampai hari-hari nak kena mengadap screen henfon konon nak bagi anak belajar ABC, 123 la apa lagi video-video Ummikit pun tak godek sangat. Ummikit lebih suka beli Edu toys yang anak-anak boleh touch pakai tangan sendiri & tengok gambar on real pic bukan dalam screen. Bagi pencil untuk tulis-tulis, main mainan macam puzzle Haiwan ka. Lagi bagus sebenarnya anak-anak boleh nampak gambar real depan mata. Nak menarik beli puzzle yang colourful atau flash card gambar besar-besar tu. Kompem anak-anak suka. Boleh jugak beli yang puzzle Alphabet & Nombor. Banyak lagi pilihan edu toys sekarang tak perlu terlalu nak ikut trend zaman sekarang, budak-budak bagi main gajet tengok you-tube untuk belajar. Kalau boleh cuba elakkan dan kita cuba "Betulkan yang biasa, biasakan yang betul",

Jum Ummikit share antara Edutoys yang sesuai untuk anak-anak kita yang ketagih gajet untuk lebih minat & fokus untuk belajar dan bermain. Sambil bermain sambil belajar secara "fun and enjoy". Ni sebahagian sahaja tau dan yang ni antara Edutoys yang Ummikit bagi dekat anak-anak. Alhamdulillah so far anak-anak tak main gajet dan Abang adik enjoy main dua beradik. 



Puzzle warna-warni. Best puzzle ni menarik & colour bright besar2 puzzle dia. Recommend untuk anak 1tahun keatas.

Ni video Ummikit ambik masal awal bagi adik Dian main surprisingly dia berjaya sambung puzzle tanpa bantuan ibu. Good job adik!

The best Gift untuk anak-anak sebab buku ni sangattt interaktif sebab dia ada buyi-bunyi haiwan, kenderaan, yang mana ada Tcer mengajar. So takdalah bosan anak-anak nak belajar ABC, 123, semua tu macam gajet jugak cuma Ebook ni tak pakai screen. Dia buku yang colourful menarik giteww. Macam-macam lah ada dalam 1 buku ni. Nak belajar ilmu dunia ada ilmu akhirat pun ada. Best sangattt. Anak-anak Ummikit pon suka main bertebut dua beradik. Haha.




Dan last but not least, yang ni Buku Magnet. Menariknya dia ada banyak kategori. Haiwan, Kenderaan, Face, dan banyak lagi. Jum layannn video dekat bawah ni. Cekitdaut. 


Okey lah next post insyaAllah Ummikit akan share lagi info untuk semua. 
Bye! Assalamualaikum. 


Monday, July 8, 2019

JUM KENAL UMMIKIT


MY SMALL FAMILY


Raya 2019

Assalamualaikum w.b.t

Haii...Nama diberi Nur Farhana bt Jamil. Nama panggilan Ana. Tapi lebih mesra dengan panggilan Ummikit. Kenapa Ummikit? Macam jauh beza dengan nama sebenar jer. Hehe. Actually panggilan ni dapat dari family En.suami. Suami Ummikit ore kelate jadi family belah sana semua mak-mak sedara depa panggil "Ummi" dekat depan. So dipendekkan cerita nama Ummikit ni diambil sempena nama En.suami Bakheet atau kit. Makanya jadilah Ummikit. Haaa gitewww...Sweet tak? Sweet tak?Sweet kan? Hee☺❤

Okey dah kenal nama meh kita kenal umur pulak. Umur Ummkit sekarang baru masuk 28 tahun 1st July baru-baru ni. Alhamdulillah sekarang sudah mempunyai 2 orang anak yang comel-comel. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Masuk tahun 2019 bulan Ogos ni insyaAllah genap 4 tahun usia perkahwinan kami. Syukur Alhamdulillah. 

Time ni preggy anak first Ammar Hakim

Mesti ada yang tertanya kenapa muka Ummikit dan En suami lebih kurang sama? Haaa..itulah dinamakan jodoh. Ramai kawan-kawan dekat Uni dulu cakap kami adik beradik. Tapi sebenarnya tidak sama sekali, lain mak dan ayah. Sampaikan Lecturer pun confius siapa tanya " Awak ada abang ke study dekat sini?". Haa sudahh lecturer pun ingat kami ni adik-beradik. Tapi dalam hati Ummikit diam-diam je bisik. "Orang kata muka sama ni ada jodoh. Dia ke jodoh aku". haha berangan je la waktu tu. Kenal pun tak hokayyy. Nak borak? lagi laa jauhh panggang dari api. Setakat tengok dari jauh tu ada la. Kalau terserempak pun akan tersenyum dan berlalu pergi tanpa say Hai pun. Sombong kan memasing. Eh takdalah sombong just respect to each other kot sebab dia senior, kita ni junior kan. 

Ummikit asal orang kedah. Selepas berkahwin,  Ummikit ikut suami menetap dekat Johor. Tempat kami belajar dekat Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai,Johor. Disinilah kami berjumpa pertama kali waktu Ummikit masuk Degree dan time tu En.Suami atau lebih mesra dengan panggilan Abekit, senior Tahun 3.

Menetap dekat Johor macam-macam experience kami lalui. Ummikit tak kerja waktud tu Abekit je kerja tu pun jauh dekat Town, rumah dekat Pulai. Sewa rumah pertama waktu tu mahal gilaa beb Rm800 bulan-bulan. Perghh rumah atas kedai memang isolated la cita dia. Boring takda jiran yang friendly. So mereput jer la dalam rumah sorang-sorang tiap kali suami p kerja. Bosannn yakmatt. Layan TV ja la time tu. Kadang ada jugak kawan yang sambung Master mai rumah borak-borak kosong. Terubat sikit kebosanan Ummikit. Hehe.

Lepas seminggu duduk rumah tu suddenly Ummikit terkena Denggi. Masuk hospital seminggu lebih jugak sampai beraya Haji dalam wad. Perit sangat rasa dugaan sakit. Mujur Mak Ayah sanggup mai jauh-jauh dari Kedah semata-mata nak tengok anak bongsu depa ni. Terima Kasih Mak Ayah mai. Kalau tak, tak tau la nak cakap. Memang lost semangat sebab tak biasa kena denggi. Lembik ja hari-hari. Tapi berkat doa Mak Ayah Alhamdulillah sembuh seperti sediakala selepas warded selama 15hari kalau tak silap. Thanks to suami Ummikit jugak siang malam datang melawat jaga Ummikit dengan baik sekali. Terharu sangattt. ❤

Lepas pada tu kami decide untuk pindah rumah. Alhamdulillah dapat kawasan perumahan Flat yang murah dan jiran-jiran pun sangat  friendly. Lepas sembuh denggi, Ummikit preggy anak sulung. Gembira tak terkata sebab pregnant awal. Sepanjang duduk dekat rumah baru seronok sebab jiran-jiran baik dan ambil berat tambah-tambah diorang tau Ummikit mengandung. Jadi macam-macam lah jiran Ummikit bagi makanan free.Heaven gila rasa disayangi. Hihi. Tapi banyak jugak pantang larang yang depa bagi, tapi Ummikit tak amik port sangat bab-bab tu cuma banyakkan doa yang baik-baik saja. Alhamdulillah Ummikit selamat melahirkan putera sulung di Kedah. Diberi nama Muhammad Ammar Hakim bin Mohd Bakheet.


Berpantang rumah mak di Sungai Petani,Kedah

 Habis ja pantang terus balik ke Johor bermulalah episod ibu anak sorang. Oh ya masa pregnant Ummikit ada kerja dekat Arkitek Firm Senior Ummikit sekejap. Tak lama dalam 3bulan ja masa tu pastu sebab nak balik berpantang di Kedah dan nak jaga anak sendiri bila dah bersalin so Ummikit decide untuk berhenti terus. Dari situlah bermulanya Ummikit sebagai seorang Suri Rumah sepenuh masa. Sebenarnya Ummikit lebih prefer untuk jaga anak sendiri dari hantar pengasuh so Ummikit pilih untuk jadi full-time housewife. Lagi syok kita jaga anak sendiri, ikut cara kita sendiri. Itu impian Ummikit dan suami. Jadi Ummikit tinggalkan kerjaya sebagai Arkitek semata-mata untuk Keluarga. Alhamdulillah sampai sekarang Umikit masih seorang Surirumah dan juga SuriBisnes. Sambil-sambil jaga anak sambil-sambil buat mesin ATM dekat rumah. So far memang Ummikit tak terikat dengan mana-mana jadual yang halang Ummikit nak buat apa yang Ummikit suka sebagai ibu kepada dua cahaya mata. Senang cita free schedule tak perlu punch card keluar awal pagi balik lewat petang. Sekarang cari income sendiri dengan buat kerja dekat rumah dengan berbisnes Online ja. Honestly Ummikit so much in-love dalam dunia perniagaan dan berminat nak belajar lebih lagi pasal ilmu bisnes. 


Ummikit start berjinak-jinak dalam dunia bisnes lepas bersalin anak sulung. Tapi waktu tu masih baru lagi jadi banyak benda Ummikit tak pandai dalam selok belok dunia bisnes. Ummikit bermula dengan join Dropship barangan baby dan kosmetik. Dari situ sikit-sikit Ummikit belajar cara nak deal dengan customer buat posting dekat sosial media iaitu instagram sahaja. Sebab waktu tu Ummikit masih dalam zon 'malu' nak berniaga dekat Facebook. Malu orang tengok kita post iklan berniaga. Tak ada self-confident lagi waktu tu. Kalau boleh tak nak pun orang kenal Ummikit yang jual. Tapi sebenarnya salah kaedah macam tu sebab penting sangat untuk ada Personal Branding untuk menjadi Bisnes Owner. Yalah kalau orang tak kenal kita macam mana nak dapatkan 'Trust' tu kan? So nak tak nak Ummikit cuba jugak untuk tembus tembok malu dalam diri. Alhamdulillah bila Ummikit start buat posting dekat Facebook personal hari-hari lama-lama orang kenal dan tau apa yang Ummikit jual dan rasa nak beli. Lagi seronok nak berbisnes bila kawan-kawan dan family pun support. Especially suami dan parents Ummikit. 

Tahun 2016 bulan 4 kami berpindah ke Kedah sebab En. suami dapat tawaran bekerja dekat Jamil Arkitek dekat Sg. Petani, Kedah. Ya Allah gembira tak terkata waktu tu sebab dapat balik tempat kelahiran sendiri dan tak perlu merantau jauh lagi ke Selatan. Memang impian Ummikit dan suami nak pindah sama ada ke Kedah atau Kelantan. Tapi disebabkan kekurangan peluang pekerjaan di Kelantan jadi kami pilih untuk stay di Kedah. Semenjak dari hari tu bermula lah episod yang baru bagi family Ummikit menetap di Sg.Petani. Rezeki bertambah lagi apabila Ummikit dapat tau pregnant untuk anak kedua. Walaupun jarak dengan anak sulung dekat tapi Ummikit anggap anak itu sebagai rezeki buat kami sekeluarga. Selepas stop berbisnes online sepanjang pregnant, then Ummikit start balik berbisnes dengan lebih serious lepas bersalin anak kedua iaitu seorang puteri yang diberi nama Dian Hafizah bt Mohd Bakheet.  


Adik Dian bam bam 

Syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya kami dimurahkan rezeki untuk memiliki rumah sendiri. Alhamdulillah Allah mudahkan urusan pembelian sampailah masuk ke rumah baru kami di Sg.Lalang. Cukup dulu setakat ini insyaAllah Ummikit sambung menulis lagi dan lagi. Bye, Salam perkenalan.☺

"Kejayaan tidak akan datang bergolek kepada kita, tetapi kita yang perlu 
bergolek-golek kearah kejayaan"

-Thanks a lot-


TIPS BERSALIN ANAK SULUNG DENGAN MUDAH & TENANG

Ummikit percaya semua ibu di luar sana mempunyai keinginan untuk melalui proses bersalin yang indah dan merasakan kenikmatan ketika bersa...